Tuesday, July 28, 2015

How-To-Train-Your-Mad'u



Ilham dakwah itu datang bukan kerana kehendak diri, tetapi dari Allah Pemberi Rahmat.
Menjadi daie, adalah satu lumrah, bagi sesiapa yang telah menghadirkan kalimah syahadah dalam hati sebagai cahaya atau menjadikan lafaz "Allah" sebagai penguat.

Nak tak nak, sedar atau sebaliknya, itulah yang ditetapkan.
Sudah tentu akan wujud sedikit rasa takut, apabila kita mengetahui kita mempunyai kerja yang berat di dunia ini.

1) "Dakwah dan Islah"
2) Menjadi Daie dan Mad'u
3) Mengejar Mad'u yang lari. Eh?

Eheh. Itulah realiti. Buat kerja begini. Mengejar mad'u adalah pahit. Mengenangnya akan terasa manis.

Sebagai Daie/ murobbi, kita perlu mempunyai strategi yang mantap dan padu podon untuk memerangkap mereka melakukan kerja yang sama seperti kita.

Masih teringat lagi apabila menonton tayangan gambar “How To Train Your Dragon” dan “How To Train Yor Dragon 2” yang saya rasakan amat rapat dengan jiwa usrah. Taujihat yang dilakukan oleh Murobbi Hiccup dan madu’nya Toothless sangat menyentuh hati saya.
Inilah ibrah yang saya peroleh! Dan sudah pasti untuk me-relate-kan apa yang saya akan kata dengan dakwah, anda mesti menonton cerita best ni terlebih dahulu. Kalau tak, kompem nampak sangat saya syok sorang sorang.








1)     Berani dalam dunia dakwah


Scene ini menunjukkan Murobbi Hiccup sedar dia telah menjumpa sang naga bernama Toothless. Satu satunya naga yang tidak tidak direkodkan dalam “Dragon’s Manual” kerana amat ditakuti.
Ya. Antara naga yang menyerang dan memporak perandakan Kampung Berk.
Walaupun pada asalnya dia ingin membunuh sahaja naga itu dan menjadi hero Kampung Berk, namun dia memberanikan diri membebaskan Toothless walaupun sedar naga itu akan menyerangnya.

Ibrah : Syarat untuk mendekati, berani. Ramai sahabat kita yang sudah lama dalam kegelapan, yang satu ketika dahulu kita dalamnya, namun kita digapai oleh cahaya.
Tengok kawan (mad’u) kita yang gangster sikit,  kita tak layan beralasankan duduk dalam persikitaran baik untuk mendapat jiwa yang baik.

Akhirnya, geng tudung labuh dengan tudung labuh, niqabis dengan niqabis, hafiz dengan hafiz.  Dan si tudung singkat yang kita cemuh dengan geng tudung labuh kekal macam itu. Si pemakai seluar pendek tak tutup aurat yang kita cemuh bersama geng akhi syurga lain pun kekal macam itu.

Dakwah kita dapat, kita simpan sorang sorang. “Manisnya perjuangan, indahnya ukhuwah” , GITU?

 Ramai antara kita terlalu takut mendekati sahabat mereka dan menegur mereka. Dengan alasan takut tidak berhikmah dan menyebabkan mereka terasa.

**“tegur berhikmah sikit, ikut cara Rasulullah. Bil hikmah!”
**“nanti orang takut dengan Islam, slow lah sikit tegur!”
**“Kau ni belum ada skill tegur. Pass kat si A tu. Dia pandai sikit soft skill ni. Kau lom layak tegur orang. Kau kene belajar banyak.”
**“Positif lah sikit. Husnudzon! Husnudzon! Husnudzon! Kita tak tahu kebaikan yang dia buat tapi kita tak tahu!”

Dan akhirnya, kita hidup penuh dengan alasan.
Kita takut menegur mereka yang dalam kejahilan tanpa sedar. Kita takut mereka akan menjauhi kita. Kita takut hilang kawan sebab suka menegur kemungkaran. “biar slow slow, sekaligus susah. Biarlah lambat asal istiqamah”

Takut terasa. Takut tersinggung. Takut kecil hati.

Satu ayat yang hebat daripada Ustaz Adnin Roslan


“Bayangkan, kalau bilk tidur korang gelap sebab korang tutup lampu nak tidur. Tiba-tiba, ada kawan korang masuk bilik korang dan bukak lampu. Mesti mata korang akan sakit kan? Sebab dah lama duduk dalam gelap, tiba-tiba ada cahaya masuk. Sakit kot mata… Tapi akan normal balik.

kegelapan tu ibarat dosa. Dan cahaya lampu tu ibarat teguran kita. Awal-awal, bila kena tegur, memang hati kita akan sakit, kita akan terasa, sebab kita dah lama buat dosa(kegelapan), lepas tu orang tegur(cahaya), kita akan terasa lain macam.”

Sila baca

Kita husnudzon. Bagus. Tapi memudaratkan diri. Dan memudaratkan orang yang masih dalam kejahilan. Tetapi tidak pula berani menegur.


“Kau tengok perempuan akhawat tu. Lawa dah tang jubah. Tengok kaki tak pakai sock” -Si A
“Awat hang tak tegur?. “-Si B
“Aku takde jawatan. Kau ada kuasa. Kau qawiyy. Kau bla, kau bli, kau tu,kau ni, kau err ”

Akhirnya, kita mengharapkan orang lain buat kerja dakwah. Buat perubahan sementara kita melahu. Kita suka orang buat pahala, tapi pada masa sama kumpul dosa tidak menegur. Apa guna kita jadi umat Islam. Apa guna kita ucap syahadah yang kita rasa hebat kalau tidak dikongsi?



Akhirnya, Kita mengharapkan orang lain masuk syurga. Eh?




1)     Melakukan penyiasatan latar belakang mad’u.


Murobbi Hiccup sedang melakukan pemerhatian terhadap bakal mad’unya. Eheh, sebab dia rasa berssalah kerana dia sendiri yang menyebabkan kecacatan pada ekor naga itu sehingga tidak dapat terbang dengan baik. Lalu tanpa disangka dia lah menjadi orang yang pertama mempunyai lakaran awal naga yang berbahaya!

Ibrah : Melakukan risikan terhadap mad’u bertujuan adalah untuk kita lebih memahami mereka, latar belakang mereka. Bukankan ia sebahagian daripada rukun usrah iaitu Taaruf?

Taaruf bukan sekadar bermesra hanya apabila si adiks datang berbulatan, tapi sejauh mana kita berusaha mengenali mereka di belakang tabir.

Mengimbas novel Tautan hati Fatimah Syarha,

Saya menyukai usaha Asiah Yusra yang merapati Imtisal (kawan baiknya sendiri) dan membantu sahabatnya dalam menghadapi masalah tauhid.

Itu sebab, kita perlu memperhalusi kaedah usrah dengan mengutamakan taaruf itu sendiri dengan sebaik baiknya, maka, kerelaan untuk ditarbiyah itu akan datang dengan sendirinya!

 “Tarbiah itu seni, halus dan tak boleh dipaksa. Ia perlu berinteraksi dengan kerelaan dan fitrah”

Novel Tautan Hati
Fatimah Syarha

Kajilah mereka dengan baik. Mungkin , kita tak pernah sedar, kemungkaran yang dilakukan adalah kerana mereka benar-benar tak tahu.

Aurat yang mereka selalu dedahkan adalah kerana mereka tak mampu membeli hand sock seperti yang kita miliki hari ini, asbab kemiskinan dan kedhaifan yang dirahsiakan.

Kerana apabila sudah mengenali, segala kekekokan akan menjadi biasa. Boleh tidur sebantal, seselimut, eh?

2)     Mengenali potensi mad’u

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


Murobbi Hiccup secara tak sengaja terjatuh semasa mengendalikan naganya. Dan secara tak sengaja, tahu bahawa mad’unya amat suka kepada rumput.

Sifat Toothless yang boleh dijinakkan dengan rumput,suka digaru bawah dagu, dan tertarik dengan pantulan cahaya, digunakan oleh Murobbi Hiccup dalam menjinakkan mad’u yang lain.

Inilah rahsia dia mudah menawan usrah-mate yang lain; Gronckle, Hideous Zippleback, Nadders, Terrible Terror.

Ibrah : Mengenali potensi mad’u adalah perkara yang penting dalam sesebuah usrah. Bahkan, lagi teruk lagi kalau murobbi pun tak tahu logamnya sendiri.

Sudah pasti setelah lama menautkan hati antara satu sama lain dengan baik, logam setiap mad’u akan terserlah.

Pada awalnya, mungkin dengan cara menarik hati mereka dengan makanan yang enak, sehingga mereka tertarik untuk datang hadir setiap kali usrah.

Namun, lama kelamaan, pastikan kita dapat mendidik hati mereka untuk menerima pengisian yang lebih berat, dan dalam keadaan mereka rela hati untuk mempelajarinya.

Mungkin, mad’u di Malaysia terlalu dimanjakan oleh daie!

“Sejauh mana kita perlu memudahkan proses pembelajaran kerana meraikan kondisi mad’u? Tidak boleh mendengar penerangan lebih setengah jam, tidak boleh mengendalikan wacana yang berat, perlu diselang seli dengan permainan, nasyid dan video.”

          Menalar Makna Diri, Hasrizal Abdul Jamil


Mungkin, sudah tiba masanya, untuk kita kita menyedari bahawa, tujuan usrah ialah membentuk insan yang mengetahui tujuan hidup di muka bumi ini. Yang kuat!

Makan sebagai penarik mungkin perlu, tapi takut hati mereka lebih tertarik dengan hiasan nafsu daripada kekuatan agama.

Tiada makanan untuk tempoh lama, dah taknak datang usrah. Daie pun lebih mengutamakan silibus makanan. Lebih bersedia untuk membeli makanan daripada membuat persiapan pembacaan sirah perjuangan dan buku islam.
Hasilnya, hanya membentuk mad’u yang rindu dan kasihnya pada makanan, sehingga berebut-rebut, lalu dinamakan ukhuwwah, pada fikirannya.

Makanan tiada, lalu Islamnya, Usrahnya, Ukhuwwahnya pun hilang.

Murobbi@ mad’u sekalian,

Jika pengisian hanya ringan, maka alamat payahlah mad’u dapat menyedari kekuatan dirinya dapat digunakan untuk menguatkan Islam ini!

Jika mereka dapat memahami fungsi halaqah, sudah tentu mereka akan menjadi orang yang mengembangkan perjuangan ini.

Lebihkan kekuatan enjin kereta lebih daripada eksesori J

1)     Memekarkan kepercayaan terhadap kebolehan diri mad’u





Selepas merampas Toothless daripada si naga jenis Alpha ( species-jarang-ditemui yang mampu mengawal kelompok besar naga dengan antenna kepala) , Murobbi Hiccup cuba membantu mad’unya mengatasi dengan memberikan kain , lalu berkata

“You .. and me… as one .”

Lalu terbang, dalam keadaan mata ditutup dengan kain, untuk mengalahkan Drago Bludvist

Bahkan, dia dapat merampas naganya itu daripada kawalan naga Alpha hanya kerana ukhuwwah antara mereka yang mekar.


Ibrah: Taaruf yang telah membentuk tafahum akhirnya menyebabkan rukun usrah itu menghadirkan kepercayaan antara satu sama lain.

Sekali sekala, daie perlu meberi tugasan untuk mereka memberi tazkirah di tempat terbuka, membawa usrah sendiri, atau memimpin sebuah daurah dan sebagainya, atau hanya sekadar menutup halaqah dengan bacaan al asr dan tasbih kafarah.

Yakinkan mereka bahawa mereka pasti dapat menghadapi segala dugaan mendatang.

Tetapi tidak lah sampai “ana uhibbu fillah”, ukhuwwah jaga, tapi hubungan dengan rakan lain ke laut.

Janganlah sampai sikit-sikit, “ana tak tahan dengan jahiliyah di rumah, rindukan ukhuwwah di kolej, di sana, taman syurga tu, raudhah ini”.

Janganlah sampai sikit sikit “ rindu antum, antenna, bagai” suruh bagi tazkirah lari. “takde kekuatan la, tak cukup ilmu”.

Dugaan itu jenis susah nak hadap, nak perang jahiliyah diri kene ada orang tolong sentiasa, orang camni mungkin orang pertama kene halau dalam perang sebab takut-takut inilah orang pertama lari dari medan perang.

Berikan segala pendedahan untuk membuat lebih kuat.

Ada sesetengah muslimah kadang kadang takut untuk menjadi solehah kerana merasakan mereka tidak mampu., akhirnya menjadi alasan untuk menjadi lemah.

"Wanita solehah itu tidak suka mengenali atau dikenali, tidak suka memandang dan dipandang. Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki dan di bibir lelaki-lelaki tidak meniti namanya"

Saidatina Fatimah Radiyallahuanha

Tidak susah. Wanita solehah itu ada di mana-mana, tapi sama ada anda salah seorang daripadanya atau tidak!

   Buat Muslimin!

Anda pemimpin kepada umat Islam ini. Wake up.! Hidup bukan sekadar  mencari zaujah semata. Jangan asyik membangkitkan isu cinta.

Ahkirnya, Umat Islam kini hanya mempunyai satu masalah cinta manusia, sedangkan rakyat Palestin telah lama berkejar cinta Ilahi. Eheh.

          Yeah. Berikan pelbagai sebab mereka kene kuat.

Berikan peluang untuk memberikan pendapat dalam halaqah. Satu hari nanti, inilah rantai pejuang dakwah yang akan membawa agama Islam tercinta ini!




Dengan pendidikan dan kefahaman terhadap usrah daripada daie/murobbi,
Satu hari nanti pasti akan dapat menggunakan logam mereka untuk mengajak lebih ramai mad’u untuk berjuang menentang jahiliyah yang besar.

Dengan usaha yang sedikit, jadikan ia penuh bermakna, dan istiqamahlah.
Jangan terpengaruh dengan jumlah mad’u yang banyak.



“Jangan si Daie kedekut dengan pengisian apabila mad’u yang datang hanya sedikit, kerana boleh jadi manfaat penjelasan kepada yang sedikit itu lebih besar daripada kehadiran yang ramai”

Mustafa Masyur

Janganlah kecewa dengan mad’u sedikit. Apabila ramai, semangat naik.
Bila sikit, semangat turun.

Kalau melihat kepada Allah hanya melihat pada bilangan, mana mungkin Umat Islam memenangi perang Badar?

Kalau melihat pada jumlah, mana mungkin Sultan Muhammad Al Fateh yang hanya membawa tentera yang bertahajjud menawan kota konstantinople?

Its your heart, my dear. Your heart, which attached to Allah, will win everything.

Menanti How To Train Your Dragon 3 J
Carilah movie yang memberikan kekuatan, bukanlah movie sampah cinta semata mata. Eheh.

Mudah mudahan, mad'u yang lahir dengan kekuatan jiwa , menjadi sehebat naga.
Mampu menahan rintangan api sekalis kulitnya, mampu menggegarkan dunia dengan suaranya.

Mudah mudahan syurga menanti kita yang disambut oleh malaikat dan bidadari syurga insyaAllah.


Moga Allah redha J