Tuesday, December 9, 2014

Bantal peluk


                                                                          (kredit)

"Aku tengok tadi masjid ramai ..ada program ke?"

"Taklah, solat jemaah "

"oh.."


Norma masyarakat.

Saya tersenyum melihat gelagat ini. Berhusnudzon mereka telah menunaikan solat jemaah bersama.

Rasa di hati ingin sahaja mengungkapkan..

" Islam tengah nak bangkit, tak nak join ke?"


Eheh. 

Peranan masjid yang hebat pada waktu dahulu kini telah berubah. Tempat ini hanya menjadi titik noktah perkumpulan bagi menjayakan program semata bagi program Islamik berbanding sifatnya yang universal dahulu, seperti pusat ekonomi Islam.

Bukan ingin menyalahkan orang itu yang mengatakan sedemikian, namun itu hanya sekadar realiti yang perlu diakui. 

Dan bersalah tiba-tiba menyelubungi kerana diri masih belum diberi kekuatan untuk membawa lebih ramai penduduk untuk solat berjemaah.

Impian dinyalakan. Mohon obor kali ini lebih lama.

Namun itu suasana di kampung yang mungkin kitaran kesedaran baru menyemaikan benihnya.

Bagaimana dengan persekitaran kita, saya dan anda yang mungkin kitaran kesedarannya kini mungkin sudah menjadi lalang yang tidak terurus?

Ya, seperti lalang. Panjang tetapi berselirat mintak dipotong En Majlis Perbandaran.

Daie itu sedar solat berjemaah tu penting, dan kemuncak keyakinan nya mungkin lebih tinggi berbanding orang yang dinyatakan di atas. Namun, tidak diurus yang menyebabkan kecelaruan untuk beristiqamah.

Kenal batu bata?

Ketulan keras yang menjadi igauan para pesilat yang kurang mahir. Ops.

Jika dibaling ke kepala perompak, belum tentu polis dapat menyoal siasatnya pada keesokan hari kerana kekuatan batu bata itu. *kalau senjatanya batu bata*

Bayangkan ketulan batu bata itu menindih antara satu sama lain, diiikat dengan bancuhan simen yang kukuh dan membentuk satu bangunan yang dinamakan masjid. Adakah kekuatannya masih sama.
Logik mengatakan tidak.

Kalau runtuh, bukan setakat satu kepala perompak, ribuan jemaah boleh mati. 

Itu Falsafah Masjid saya.

Mukmin yang tahu kuatnye jemaah hasil solat berjemaah. Maka akan datang berpusu-pusu ke masjid setiap kali En Bilal melaungkan azan.
Menjaga "kekuatan simen" dengan merapatkan saf. Kompem, lepas ni inflasi dakwah meningkat mengalahkan rating artis Kpop.

Saya yakin.

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"

Macam kenal kan ayat ni?

Surah As-Saff ayat 4.

Senyum kejap.

Keberjayaan kita adalah adalah melalui kekuatan dalaman. Disiplin. Orang putih panggil discipline.

Siapa sangka solat akan menjadi ukuran.

Tidakkah kita terkejut di padang mahsyar nanti, dalam banyak-banyak amalan yang kita lakukan di dunia, mengapa solat menjadi penapis yang pertama?

Mengapa bukan taat kepada ibu bapa? Mengapa bukan amal lain?

Dalam banyak amal yang kita buat, solat yang kita selalu main main, khayal pikir makwe pakwe tu jadi indikator?

Hebatnya solat, kerana itu lah puncak tertinggi Allah melihat keikhlasan dalam amalnya.

Ikhlasnya kita yakin pada kekuatan Allah, maka tahajud menjadi obsesi. Siapa yang ingin menskodeng kita di waktu manusia memilih mengantuk sebagai bantal peluk?

Tapi bantal peluk memang lembut. Erk, -A

Bantal ogawa syaitan memang la lembut.-B


Ikhlasnya kita pada rezeki itu milik Allah, maka Dhuha ialah saksi. Siapa ingin memberi curahan rezeki di saat manusia berehat dengan CoC?

Ohoi.

Biarlah manusia tidak jeles dengan kegusaran kita yang tidak senang tatkala jarum jam menunjukkan waktu solat telah masuk, asalkan Allah tersenyum melihat kita.

Semahal-mahal syurga, mahal lagi senyuman Allah melihat hambaNya nanti kan?

Saya nak tengok!

Kerna mahalnya syurga, maka dunia ini bukan tempat untuk bersenang-lenang.

Moga Allah redha ;)









Thursday, December 4, 2014

"akulah, al-kahfi!"

Sapaan salam diberi.

"assalamualaikum!

"Waalaikumussalam... Siapa?".

Aku ni tengah cuti kot. Takkan ada member datang.

"saya, tak kenal ke?"

Azim tercengang. Budak ni gaya macam kenal aku je.

"Akulah, Al-Kahfi"

Err. Al-Kahfi ni macam pernah dengar je. Hah, yes! Dah ingat. Ni biasa aku dengar petang-petang sebelum maghrib ni. Tapi kan... Itu kan surah..

Agak agak pengsan tak tiba-tiba berlaku peristiwa di atas.? Mahu tak gila dibuatnya kan?

Kisah al kahfi ini secara umumnya berkisar tentang empat surah yang berlainan. *kita akan kupas lagi 3 di lain kali*

                                                                      {kredit}

Yup. Sama seperti nama surah ini= Al Kahfi.

Signifikan dengan kisah pemuda hebat yang hidup di zaman raja yang zalim lalu berusaha menjaga kepatuhan kepada Allah lalu bersembunyi di dalam gua. Allah menidurkan mereka selama 313 hari *banyak perselisihan tentang tempoh masa mereka tidur* . Dan apabila sedar sudah berada di zaman raja yang taat kepada Allah.

Begitulah sedikit sebanyak kisah hebat ini yang sentiasa berjaya melakarkan senyuman Pak Cik McDanial di pipi.

"ada lagi ke pemuda begini sekarang?"

"ada"

"eh?"

"Kaulah!"

Ye ke kita? Aah, memang diakui kita ialah pemuda "al-kahfi".Persamaan yang paling ketara antara kita dan mereka ialah TIDUR. Tapi, yang membezakan tidur kita dan mereka ialah sebab mereka dan kita tidur.

Mereka tidur = menjaga akhirat daripada duniawi
Umat Islam sekarang tidur = menjaga duniawi daripada akhirat.

Renung sejenak. Celik kah kita sekarang ini. Beroperasinya diri kita setelah roh menggelungsur ke dalam tubuh kita terus bukak COC alias Clash Of Clan. Meluncurkan tangan melihat newsfeed gadjet terbaru di pasaran, melihat berita politik dunia. Setelah lima minit dah stabil otak, kembali tidur menyedapkan tubuh badan yang dioles syaitan untuk tidur kembali.

Gagal menghadiri subuh berjemaah.

Update status Islamik cegah sana cegah sini. Dosa diri tutup mata buat tak nampak.

Lebih pentingkan isu artis yang tak tutup aurat. Bersalin anak nama sekian. Couple dengan makwe sekian.
Beli kereta sekian. Bercerai sekian.

Lagu terkini omputih semua di ingatan.Episod Runningman diburu kerana takut ketinggalan.

Cuba tanya sendiri diri kita. Berapa ramai sangat isteri Nabi yang kita ingat. Berapa ramai sangat nama sahabat yang kita tahu. Berapa banyak sunnah sangat yang kita amal. Berapa banyak sangat isu Palestin dan Syria yang kita skrol setiap hari. Apa yang kita tahu sangat tentang penderitaan Muslim di Rohingya. Apa yang kita tahu sangat tentang keadaan Muslim di Central Africa. Berapa banyak sangat yang kita dah lakukan untuk Islam.

Orang buat usrah kita marah. Marah method salah bagai. Minda kalut dengan isu jemaah. Jemaah tu
 salah. Ni salah.

dan, apa yang Islam boleh bangga dengan kita? O.o

Belum tanya mutabaah amal kita yang kita terlepas.

Nangis dan nangis. *Sekotak tisu diambil lagi*

~tidurlah arjuna beta~
*lagu dimainkan*

"selama ni aku tidur ke? Aku ni pemuda Al-kahfi ke?"

Diam kejap.

"aah. Lama jugak aku tidur."

*tangan ambil alQuran*

selakan jari meluru ke muka surat 294 ayat 10, surah al kahfi

                 "....Ya Tuhan kami! Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.."

Senyum. Allah tak zalim kot.

Allah masih bagi aku peluang. Hari ni biarlah aku terbuka mata untuk selamanya. keluar dari gua ciptaan duniawi aku sendiri. Allah nak kita sedar, agar dapat kejutkan kawan kita yang masih terlelap.

Yang belum nampak cahaya dan mula melimpahi dunia ni. Tapi langsir bilik gelap. Lalu tanggungjwab kita untuk ikat langsir. Buka tingkap. Beritahu kepadanya,

"hoi, jangan tidur lagi. Bangun dan nikmati Islam ini dengan mata yang terbuka!"

Moga Allah redha :)

-LuqmanAriff-
-NotaTigaLimaUntukDiriku-

"Agak agak boleh dapat anugerah tak?....."

                                                (kredit)

"Akhi, agak-agak usrah kita boleh dapat anugerah tak?"

"Aik, lain macam je =.="

Akhi menggeleng kepala. Bagus sangat ke usrah aku ni sampai nak bagi anugerah? 

"Enta rasa, boleh ke? " 

*jap, sejak bila kita kejar anugerah dalam berusrah ni. Dan, bila masa dapat anugerah pulak kalau buat usrah?*

Pernah tak kita rasa camni. Rasa macam kita dah hebat sangat dalam sistem usrah. Datang 2-3 kali join bulatan gembira rasa macam keluar aura super saiya dari badan. Lantas apabila memandang orang yang bukan konco-konco kita, maka sekilas dalam hati, "akulah penyelamat Islam nanti!"

Rasa macam nak terbang ?

Rasa macam nak pegang pedang dan perisai dan berlari mengibaskan rambut di tengah perang?

Rasa macam berdiri atas batu dan menjerit "Di hati aku hanya ada Allah " sekuat hati di khalayak pelajar perempuan?

Rasa macam dah bersedia nak mendirikan rumahtangga dalam anak tangga Baitul Muslim.

Eheh. 

Dan bila semua rasa itu muncul, adakah usrah yang kita alami, rasai, perolehi dan resapi itu telah menunjukkan hasilnya? Laksana padi yang dijaga kini mengeluarkan hasilnya? *cam tak kene je peribahasa ni*

Mungkin...  sebab kita telah memahami unsur usrah itu tanpa sedar. Cuba skrol atas balik.

1) Rasa macam nak pegang pedang dan berperang= Kita telah memahami konsep menyayangi saudara yang lain. dan bahagia jika dapat melindungi nyawa mereka. Pernah rasa nak pukul semua tentera Israel yang mengganggu rakyat Palestin?

2) Rasa macam nak terbang= Tahu jika menjalankan kerja dakwah di atas muka bumi ini kita berpeluang untuk mendapat pakej ke syurga bersama kepak untuk terbang straight melintasi titian sirat?

3) Rasa nak menjerit atas batu... (ila akhir ayat) = Tahu tanggungawab syahadah yang kita pegang.

4) Rasa nak bina baitul Muslim = Sedang berusaha melengkapkan fasa Individu Muslim dengan sekuatnya. 

Yup, semua rasa itu datang dari perubahan. Rasa melonjak inginkan kemenangan yang dijanjikan. Allah takkan sia-siakan perasaan kita tu beb! 

"jadi akhi, kitorang dah dapat dah semua unsur yang akhi nak kitorang rasa dalam usrah. Apalagi, roti canai satu!"

"enta belum sedia..."

"aik? =.="

"nah cermin" *sambil menghulurkan kamera henpon Oppo*

"Ok je, awat? Muka hensem dah...". Berkerut. Mata tegar menunggu kepastian.

"Budak yang pakai rantai kat leher tu kau dah pernah cerita pasal Islam dengan dia?"

Debuk melutut.

"Budak yang pakai seluar jeans terkoyak kat lutut tu kau pernah bagi salam kat dia?"

Tangan di posisi nak sujud separuh tergamam.

"budak yang rambut ada simbol 'z' uh kau pernah ajak gi surau?"

T.T. Ya Tuhan!!!!!
Lempangan bertubi bersalut tumbukan terus ke hati hingga tertanggal lapis lapis kehitaman.

"So, anugerah usrah terbilang ni akhi hold"

Rasa kecewa kan. Ya. Masih jauh kita. Tapi apa yang kita hendak lagakkan? Usrah itu akan memberikan perubahan jika niat kita di awal untuk membantu diri dan rakan di sekeliling.
Setiap perubahan yang kita buat lillah, maka pasti catatan amal buat kita.

Siapa sahabat kita, mencerminkan diri kita. Kata orang, bagaimana sahabat kita, itulah diri kita.
Tapi mungkin sebab kita dapat kawan yang baik, maka kita melihat diri kita  baik. Tapi, sebagai daie, cuba besarkan radius rakan kita kepada yang lebih besar.

Maka, sudah tentu kita akan mendapati diri kita mungkin belum di kalangan orang baik. Jadi, perlu ubah suasana. Jadikan diri kita seperti bola disko yang menyilaukan semua rakan kita dengan dakwah sehingga terpaksa memejamkan mata dan menangis takutkan Allah.

"susahnya akhi T.T"

"memang. Tapi kita boleh cuba kan?"

"sahaja aku memasuki usrah ini demi keredhaan Mu Ya Rabb!"

Moga Allah redha

-LuqmanAriff-
-BukuTigaLimaUntukDiriku-