Sunday, December 8, 2013

akhiku, murobbiku


"dah, cukup. Cukup dengan apa yang ana sudah dengar! Oh, couple salah. Habis, hendak hulur ke mana cinta ni? Dengan abang? Sorry sikit, I'm totally not gay"

"konon hubungan cinta sebelum kahwin haramlah. Macam-macam. Nak pikiaq dia sikit pun akhi larang? Ni ni, henpon ni.. semua contact girls saya abang suruh delete. Tak ke gila semua ni? " sambil tanganku menghempas nokia tersayangku ke lantai.Marah punya pasal.

Hah! Amik kau! Panas betul. Terluah segala apa yang terbuku, terkamus. Apa apa je lah yang tebal. Bangga betul meluahkan. hahaha.

Tanganku dipeluk erat. Ahh, tak semudah tu. Aku hayun tangan sekuat hati dengan segala upaya yang ada. Memang, malas nak berbicara. hati ni remuk, kereta bapak aku yang accident semalam pun tak macam ni punya remuk.

Serentak itu, Akhi Amer memeluk tubuh kecilku dari belakang. Aish, badan aku kecik. Memang payah lah nak lepas.

" Akhi kalau boleh nak yang terbaik buat kita. Akhi nak nanti kita masuk syurga sama-sama. Masuk syurga pegang tangan. Sweet gitu. Mesti best tyme tu."

"Memang tak salah simpan contact perempuan. Tapi, akhi nak latih anta supaya bertahan. Ye, bertahan, sabar sikit je lagi. Cuba anta fikir, kalau perempuan tu, yang anta suka tu, sekarang ini boleh mesej macam macam dengan yang bukan mahram. Agaknya nanti anta ditakdirkan bersama dengan dia, boleh jamin dia tak mesej lelaki yang lain? Adakah ketika itu anta sebagai lelaki tiada perasaan cemburu?"

Kata-katanya menusuk kalbu, selembut suaranya. Tertikam, tajam betul. Betul jugak. Kenapa aku tak fikir semua ni?

"anta, henpon yang anta baling tadi dah berkecai. Hancur. Tapi, akhi tak nak ukhuwah kita berkecai sebab ni. Akhi nak anta faham. Akhi sayang anta sangat sangat."

Sebak melanda, cis, meleleh pulak air mata aku tyme ni. Ah, biarlah ia mengalir. Rasa lapang.

"besok akhi belanja anta henpon baru!"

aik?

coret coret


"cantik kan malam ni?"

gile ke ape murobbi aku ni? tiap-tiap hari jumpa malam. malam ni plak tetibe puji "malam".

"kenapa akhi? biasa je ana tengok. ada bulan, bintang. yang lain semua dah tidur. kecuali ikan jaws ngan kita."

"bila tak tidur lah kita kena tengok. Cuba tengok bulan tu". Tangan kirinya menolak daguku ke atas. Suka hati je main dagu anak orang.

mata menjeling. tak paham. hanya mampu mengeleng.

"Allah bagi bulan mengambang, cahaya penuh. tapi masih tak dapat menerangi seluruh malam gelita ni. Allah nak bezakan antara siang dan malam. Kalau dah sama terang takdelah waktu malam ni dipanggil malam kan? lagi satu, Allah bagi cahaya di sebalik malam, nak ingatkan kita. Gelap macam mana pun hati kita dengan maksiat, masih ada peluang nak berubah, cahaya masih ada"

"lagi satu, bila dah ada cahaya ni, nak mudahkan makhluk bernama manusia nampak jalan. senang nak jalan pergi surau, nak qiam. Nak mudahkan akhi bawak anta gi surau. Jom qiam?"

cheh. Nak ajak qiam rupenye. 

tatkala kepishangan dan kebosanan

"ada sesapa lagi yang tak paham?"

semua tunduk. kalau angkat kepala mesti kena tanya. amik langkah selamat.

"err, anta yang pakai baju biru tu paham ke tak?

Semua melingas. Mencari orang yang dimaksudkan. Aku pun mendongak kepala. Tapi tak terlalu tinggi. Kau bijak! Akhi tak perasan.. muehehe.
kembali tunduk kepala.

"haa, antalah.. yang dari tadi tunduk tu. Nak tanya, paham tak logam tu apa?"

cis, strategi tak berkesan. Lain kali kena perhebatkan. bangun perlahan. Adeh, aku dahlah mamai time usrah tadi. Mati aku.

"logam tu... err.. logamlah..! " .. haish akhi ni.. dah besar besar tak tahu logam tu apa. Harap je budak IB.

" maksud akhi, logam dalam konteks usrah kita ni.."

oh. hanya mampu garu kepala. tak gatal pun.

" Bismillah, ana ulang balik ye hadis logam tu?
Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilih juga mereka semasa Islam , sekiranya mereka faham..
Nilai logam tak akan berubah di mana-mana zaman. Sekiranya sewaktu ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya. Hebat seseorang semasa jahiliyyahnya insyaAllah hebatlah juga dia semasa Islamnya." "logam yang baik, dicampak ke mana pun tetap baik. macam Khalid Al Walid, menjadi logam ketika jahiliyah dengan menentang Islam dalam Perang Uhud dan ketika Islam, menjadi logam dengan membantu banyak peperangan di jalan Allah!"

aku buat muka bangga. mamai mamai pun boleh jawab. Macam Imam Shafie lah plak.
haish.. jangan over. riak tu!

"ha, gitulah. alhamdulillah semua paham. Jom berjimba. Amik al quran ye antum semua."

baca al-quran pon berjimba?

.........to be continued..

coret coret

" malam ni kita baca al-kahfi.. setuju?"

hatiku tersenyum. namun tak selebar senyuman di bibir.
ikhwah yang lain mengangguk serentak. 

"kejap je, sorang 10 ayat. ulang sampai habis surah. Tertib."
"ana tau antum semua lapaq. sat gi kita bantai roti canai. Roti canai milo tak dibenarkan, ada unsur yahudi di situ "

wau, ada supplemen tambahan pulak. Makin seronok berbulatan gembira.
opps, bukan gembira sahaja. Bahagia!

seusai tadabbur, kami berpegangan tangan.

"ni malam terakhir kita..", bisik murobbi.Tenang dan bersahaja.

"...terakhir kita? Anta dah nak meninggal ke?". Aku mula cemas. Nafas mula turun naik.

"hey, rileks. tak habis cakap dah meraban. Ni usrah terakhir tahun ni. Sem ni." Senyuman nye menenangkan hati. Ikhwah yang lain tersengih.

kuss semangat.

"ingat apa lah tadi.." .Pipi merona kemerahan. macam perempuan lah pulak. muka berlagak tiada apa yang berlaku. Allah.
                             assalamualaikum!

                             Alhamdulillah. Masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara yang segar. Hebatnye, Allah, kita boleh berdiri, berjalan, makan , minum, mendengar, melihat , menghidu. Macam macam sebenarnya. Kalau nak suruh ana tulis, memang tak kan muat seluruh blog ni, hatta kalau dicompile semua ruang kosong blogger di dunia ni. Memang melimpah limpah rahmat yang Allah kurniakan ke atas hambaNya. Syukur sangat sangat.

                              Untuk memanfaatkan kemudahan yang Allah beri kepada ana iaitu tangan, ana nak gunakan di jalan Allah. Ye, kalau ditanya adakah ana gembira berada di jalan dakwah ni, dengan bangganya ana akan mengatakan ana bahagia! Ana sentiasa berdoa agar Allah tetapkan dan kekalkan hati ini di jalan dakwah ini. Ana masih tidak berpeluang untuk menyertai apa apa misi kemanusiaan ke Gaza, Mesir, Syria, or mana mana sekalipun. Dengan cara menulis ana berharap hadirin pembaca blog dapat mengambil ibrah dari apa yang tulis dn sampaikan. Ana nak semua rasa kehebatan jalan Allah ni.

                             Sebenarnya, dah lama tak melawat blog ana ni, haish, dah nak berkuman dah. Tapi Insya Allah, bermula 9/12/13 ni.. mungkin akan mula memasukkan karya-karya ku ke blog ni . Harap, harap. adalah orang nak baca.(cheh)..tapi tak mengharap sangat pun. Ana buat ni untuk kepuasan. dan jika ada sesiapa yang dapat manfaat daripada blog ana ni, ana bersyukur. Mudah-mudahan, jadi bekalan amalan ana ke akhirat kelak.

                             Insya Allah, tu jelah kot. Semoga menikmati karya ku! Assalamualaikum!