Thursday, December 4, 2014

"akulah, al-kahfi!"

Sapaan salam diberi.

"assalamualaikum!

"Waalaikumussalam... Siapa?".

Aku ni tengah cuti kot. Takkan ada member datang.

"saya, tak kenal ke?"

Azim tercengang. Budak ni gaya macam kenal aku je.

"Akulah, Al-Kahfi"

Err. Al-Kahfi ni macam pernah dengar je. Hah, yes! Dah ingat. Ni biasa aku dengar petang-petang sebelum maghrib ni. Tapi kan... Itu kan surah..

Agak agak pengsan tak tiba-tiba berlaku peristiwa di atas.? Mahu tak gila dibuatnya kan?

Kisah al kahfi ini secara umumnya berkisar tentang empat surah yang berlainan. *kita akan kupas lagi 3 di lain kali*

                                                                      {kredit}

Yup. Sama seperti nama surah ini= Al Kahfi.

Signifikan dengan kisah pemuda hebat yang hidup di zaman raja yang zalim lalu berusaha menjaga kepatuhan kepada Allah lalu bersembunyi di dalam gua. Allah menidurkan mereka selama 313 hari *banyak perselisihan tentang tempoh masa mereka tidur* . Dan apabila sedar sudah berada di zaman raja yang taat kepada Allah.

Begitulah sedikit sebanyak kisah hebat ini yang sentiasa berjaya melakarkan senyuman Pak Cik McDanial di pipi.

"ada lagi ke pemuda begini sekarang?"

"ada"

"eh?"

"Kaulah!"

Ye ke kita? Aah, memang diakui kita ialah pemuda "al-kahfi".Persamaan yang paling ketara antara kita dan mereka ialah TIDUR. Tapi, yang membezakan tidur kita dan mereka ialah sebab mereka dan kita tidur.

Mereka tidur = menjaga akhirat daripada duniawi
Umat Islam sekarang tidur = menjaga duniawi daripada akhirat.

Renung sejenak. Celik kah kita sekarang ini. Beroperasinya diri kita setelah roh menggelungsur ke dalam tubuh kita terus bukak COC alias Clash Of Clan. Meluncurkan tangan melihat newsfeed gadjet terbaru di pasaran, melihat berita politik dunia. Setelah lima minit dah stabil otak, kembali tidur menyedapkan tubuh badan yang dioles syaitan untuk tidur kembali.

Gagal menghadiri subuh berjemaah.

Update status Islamik cegah sana cegah sini. Dosa diri tutup mata buat tak nampak.

Lebih pentingkan isu artis yang tak tutup aurat. Bersalin anak nama sekian. Couple dengan makwe sekian.
Beli kereta sekian. Bercerai sekian.

Lagu terkini omputih semua di ingatan.Episod Runningman diburu kerana takut ketinggalan.

Cuba tanya sendiri diri kita. Berapa ramai sangat isteri Nabi yang kita ingat. Berapa ramai sangat nama sahabat yang kita tahu. Berapa banyak sunnah sangat yang kita amal. Berapa banyak sangat isu Palestin dan Syria yang kita skrol setiap hari. Apa yang kita tahu sangat tentang penderitaan Muslim di Rohingya. Apa yang kita tahu sangat tentang keadaan Muslim di Central Africa. Berapa banyak sangat yang kita dah lakukan untuk Islam.

Orang buat usrah kita marah. Marah method salah bagai. Minda kalut dengan isu jemaah. Jemaah tu
 salah. Ni salah.

dan, apa yang Islam boleh bangga dengan kita? O.o

Belum tanya mutabaah amal kita yang kita terlepas.

Nangis dan nangis. *Sekotak tisu diambil lagi*

~tidurlah arjuna beta~
*lagu dimainkan*

"selama ni aku tidur ke? Aku ni pemuda Al-kahfi ke?"

Diam kejap.

"aah. Lama jugak aku tidur."

*tangan ambil alQuran*

selakan jari meluru ke muka surat 294 ayat 10, surah al kahfi

                 "....Ya Tuhan kami! Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.."

Senyum. Allah tak zalim kot.

Allah masih bagi aku peluang. Hari ni biarlah aku terbuka mata untuk selamanya. keluar dari gua ciptaan duniawi aku sendiri. Allah nak kita sedar, agar dapat kejutkan kawan kita yang masih terlelap.

Yang belum nampak cahaya dan mula melimpahi dunia ni. Tapi langsir bilik gelap. Lalu tanggungjwab kita untuk ikat langsir. Buka tingkap. Beritahu kepadanya,

"hoi, jangan tidur lagi. Bangun dan nikmati Islam ini dengan mata yang terbuka!"

Moga Allah redha :)

-LuqmanAriff-
-NotaTigaLimaUntukDiriku-

No comments: