Tuesday, December 9, 2014

Bantal peluk


                                                                          (kredit)

"Aku tengok tadi masjid ramai ..ada program ke?"

"Taklah, solat jemaah "

"oh.."


Norma masyarakat.

Saya tersenyum melihat gelagat ini. Berhusnudzon mereka telah menunaikan solat jemaah bersama.

Rasa di hati ingin sahaja mengungkapkan..

" Islam tengah nak bangkit, tak nak join ke?"


Eheh. 

Peranan masjid yang hebat pada waktu dahulu kini telah berubah. Tempat ini hanya menjadi titik noktah perkumpulan bagi menjayakan program semata bagi program Islamik berbanding sifatnya yang universal dahulu, seperti pusat ekonomi Islam.

Bukan ingin menyalahkan orang itu yang mengatakan sedemikian, namun itu hanya sekadar realiti yang perlu diakui. 

Dan bersalah tiba-tiba menyelubungi kerana diri masih belum diberi kekuatan untuk membawa lebih ramai penduduk untuk solat berjemaah.

Impian dinyalakan. Mohon obor kali ini lebih lama.

Namun itu suasana di kampung yang mungkin kitaran kesedaran baru menyemaikan benihnya.

Bagaimana dengan persekitaran kita, saya dan anda yang mungkin kitaran kesedarannya kini mungkin sudah menjadi lalang yang tidak terurus?

Ya, seperti lalang. Panjang tetapi berselirat mintak dipotong En Majlis Perbandaran.

Daie itu sedar solat berjemaah tu penting, dan kemuncak keyakinan nya mungkin lebih tinggi berbanding orang yang dinyatakan di atas. Namun, tidak diurus yang menyebabkan kecelaruan untuk beristiqamah.

Kenal batu bata?

Ketulan keras yang menjadi igauan para pesilat yang kurang mahir. Ops.

Jika dibaling ke kepala perompak, belum tentu polis dapat menyoal siasatnya pada keesokan hari kerana kekuatan batu bata itu. *kalau senjatanya batu bata*

Bayangkan ketulan batu bata itu menindih antara satu sama lain, diiikat dengan bancuhan simen yang kukuh dan membentuk satu bangunan yang dinamakan masjid. Adakah kekuatannya masih sama.
Logik mengatakan tidak.

Kalau runtuh, bukan setakat satu kepala perompak, ribuan jemaah boleh mati. 

Itu Falsafah Masjid saya.

Mukmin yang tahu kuatnye jemaah hasil solat berjemaah. Maka akan datang berpusu-pusu ke masjid setiap kali En Bilal melaungkan azan.
Menjaga "kekuatan simen" dengan merapatkan saf. Kompem, lepas ni inflasi dakwah meningkat mengalahkan rating artis Kpop.

Saya yakin.

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"

Macam kenal kan ayat ni?

Surah As-Saff ayat 4.

Senyum kejap.

Keberjayaan kita adalah adalah melalui kekuatan dalaman. Disiplin. Orang putih panggil discipline.

Siapa sangka solat akan menjadi ukuran.

Tidakkah kita terkejut di padang mahsyar nanti, dalam banyak-banyak amalan yang kita lakukan di dunia, mengapa solat menjadi penapis yang pertama?

Mengapa bukan taat kepada ibu bapa? Mengapa bukan amal lain?

Dalam banyak amal yang kita buat, solat yang kita selalu main main, khayal pikir makwe pakwe tu jadi indikator?

Hebatnya solat, kerana itu lah puncak tertinggi Allah melihat keikhlasan dalam amalnya.

Ikhlasnya kita yakin pada kekuatan Allah, maka tahajud menjadi obsesi. Siapa yang ingin menskodeng kita di waktu manusia memilih mengantuk sebagai bantal peluk?

Tapi bantal peluk memang lembut. Erk, -A

Bantal ogawa syaitan memang la lembut.-B


Ikhlasnya kita pada rezeki itu milik Allah, maka Dhuha ialah saksi. Siapa ingin memberi curahan rezeki di saat manusia berehat dengan CoC?

Ohoi.

Biarlah manusia tidak jeles dengan kegusaran kita yang tidak senang tatkala jarum jam menunjukkan waktu solat telah masuk, asalkan Allah tersenyum melihat kita.

Semahal-mahal syurga, mahal lagi senyuman Allah melihat hambaNya nanti kan?

Saya nak tengok!

Kerna mahalnya syurga, maka dunia ini bukan tempat untuk bersenang-lenang.

Moga Allah redha ;)









No comments: