Wednesday, March 18, 2015

Si Tudung Akel Merah Hitam



                                                                   (kredit)


Bismillah. Atas permintaan, saya tulis artikel ini.

"kenapa tajuknya Si Tudung Akel Merah Hitam?, ada kaitan pape ke dengan..."

ye. ada kaitan dengan apa yang anda fikirkan sebentar tadi.

Tahniah bagi sesiapa yang diberi peluang oleh Allah untuk menjaga fitrahnya dengan baik.
Namun begitu, sehingga hari ini, cuba jeling masa lampau anda kejap

"Hari ni pakai tudung baru, mamat alim tu mesti sangkut nye hari ni"

"tyme usrah kene pakai labuh sikit, karang hilang tsiqah"

"aku dulu sekolah agama kot, takkan tetiba nak pakai yang pendek pulak? Karang orang kata apa.."

"aku kene tunjuk ni hasil aku dapat tarbiyah..."

"aku kene berubah demi cinta aku"


Eheh.
Mana satu pilihan anda.?

Manusia mana yang tak pernah melalui ujian pilihan. Konflik hati. Setidaknya, anda pernah berhadapan saat dibisikkan syaitan untuk memperlihatkan keindahan di balik tudung kepada orang ramai. (Harapnye di balik tudung ada al Quran)

Diberikan Allah keindahan sebagai seorang perempuan, dan cenderung untuk berhias. Adalah perkara biasa

Sementara cuti ini, Allah berikan saya peluang untuk belajar di perpustakaan membaca subjek ekonomi. Dan mendapat satu idea.

Tahukah kalian mengenai "Law Of Demand"?

Menurut pakar ekonomi, ia adalah tentang "apabila harga jatuh atau turun, permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat"
dan begitu juga sebaliknya.

Dan saya membayangkan,
Perempuan yang mahal itu.
Yang hatinya pada Allah, dan bukan lelaki kpop , artis , atau lelaki berlari
Jiwanya rindukan jalan yang menuju redhaNya, dan bukannya ke rumah bakal suami semata
Gambarnya walaupun yang menutup aurat, tidak ditunjukkan sesuka hati di laman sosial, demi mendapatkan kepuasan like, comment lelaki
Tidak sewenangnya membiarkan diri menjadi perhatian lelaki bukan ajnabi.
Bangunnya di waktu malam kerna tahajud cinta
Dan dalam doanya semoga menjadi mukminah terhebat di syurga

Nampak macam susah. Kerna yang mahal sentiasa menjadi rebutan. Tapi susah dimiliki.

Cuba bayangkan hari ini, dengan sengaja meletakkan diri kita sebagai pameran khas untuk bukan suami kita. Apa yang membezakan kita dengan "perhiasan dunia" yang lain?Hari ini kalau nak bau famous amos, kene pergi kedainya, dan baru boleh dapat baunya.
Bukan kat kedai biskut atau runcit biasa.

Dalam economics, terdapat satu istilah yang dinamakan "Veblon Goods"
 Yang mana konsep barang ini bertentangan dengan "Law of Demand" itu sendiri.

"Orang akan mendapat kepuasan apabila mendapat/ menggunakan/ membeli barang yang mahal"
"Apabila harga barang yang berjenama meningkat, orang yang mempunyai pendapatan yang tinggi akan membeli banyak produk tersebut kerana nilai khas produk tersebut"

Sedangkan, sepatutnya, semakin mahal harga, semakin kurang permintaan.

Wanita yang mahal harganya, ingin dimiliki oleh orang yang mampu memiliknya.
Tidakkah sama dengan ayat Allah "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."-An Nur, ayat 26

Anda yang mahal, maka lelaki yang mahal untuk anda.
Lelaki yang melakukan sama seperti perkara di atas.

Tapi hari ini, kalau kita buat kerja tarbiyah yang sedikit, pengorbanan yang sedikit dan "murahan",
Apa yang mahal di situ?
Kalau isu berlainan jemaah walaupun sesama ISLAM pun tak boleh nak settle,
apa yang mahal di situ?
Kalau kerja tarbiyah orang lain kita buat, tapi tarbiyah diri pun jarang,
apa yang mahal di situ?
Kalau pandai update status islamik sentap gempaks sampai puluhan ratusan ribuan like, tapi duk depan komputer tunggu notification bernyala sambil sengih,
apa yang mahal di situ?
Kalau tarbiyah nak tunggu crush depan mata baru buat, atau tak buat sebab lebih suka simpan tarbiyah untuk diri sendiri......
Kalau tahajud payah, majlis ilmu berat nak pergi.....*tak mampu habiskan ayat*

"Apa yang mahal sangat aku ni?"

Ada seorang wanita dalam kampung saya, suaminya lumpuh, lalu satu hari lelaki di surau bersepakat ke rumahnya untuk yasin tahlil atas permintaan wanita tersebut. Makcik itu tidak bekerja. Hanya suaminya mata pencarian utama. "Tidak boleh makan dia tu, suap air keluarkan balik, meleleh air sampai leher" sambil air mata meleleh keluar juga dari matanya.

Usai yasin dan tahlil, makcik itu menurunkan biskut dan teh. Lagaknya seperti membawa dulang nasi dan lauk ketika kenduri. Namun hakikatnya..

"ni je saya mampu ... harap sudi jamah"

Kami berpandangan. Saya hampir menangis. Rumahnya agak kecil. Katil untuk suaminya yang lumpuh sudah memakan hampir 1/4 rumahnya. Hebat wanita ini. Boleh saja meminta fasakh. Tapi memilih menjaga suaminya. Jarang keluar rumah. Malah jarang berhias. Rewang kenduri atau kera kahwin apatah lagi, memang arang jumpa. Tapi memlih menjaga suaminya.

Kami makan biskut tapi tidak terlalu banyak. Ambil untuk menjaga hati. Jangan jangan harga biskut itu pun mahal baginya.

Dia mahal, saya mengaku itu. Dan suaminya hebat kerana mempunyai wanita yang mahal seperti makcik itu. "Semoga kau layak dengan syurga makcik."

Tanya diri.
takkan aku nak jadi barang biasa, Semakin murah harga, semakin banyak permintaan. Permintaan dari orang yang tak pernah tahu nilai diri kita.

Nangis. Sebab ayat di atas untuk refleksi saya juga.
Dan buat lelaki yang membaca ni sila nangis berjemaah.

Berhenti nangis jap. Berita gembira buat anda.
Kalau orang tegur, tu tanda sayang, tanda Allah kasih.
Dan tanda Allah mula melihat kerja dakwah orang wanita.
Sebab saya melihat banyak gerakan usrah semakin dimonopoli wanita.


Dan, kurang teguran buat lelaki,
mungkin kerna ....
*tak mampu habiskan ayat*

Nangis lagi. Lelaki yang membaca sila join nangis lagi.

Saya kagum dengan wanita. Saat saya berpeluh ketika cuaca panas, saya tersenyum melihat kaum Hawa Muslimah. Hebat. Memakai tudung yang panas di waktu panas+ scarf+ pin yang berat+ anak tudung bagai.

Respek.

Respek penjual tudung juga. Anda telah membantu wanita menjadi mahal.

Respek penggunting rambut Muslimah. Anda membantu mereka menjaga nilai mahal mereka.

Respek wanita yang berdakwah, melakukan semuanya lillah.

Pesanlah diri.
Jadilah Veblon Goods. Mahal itu baik. Kerna Syurga tu mahal. Dan dalam syurga semuanya Veblon Goods.

Tapi apsal tajuk "si tudung Akel Merah Hitam?"

Sebab, mungkin khas untuk wanita, dan buat refleksi buat saya sebagai lelaki agar sentiasa ingat saya perlu bergerak lebih hebat daripada kaum ini.

Tudung Akel Merah Hitam, sebab saya memang penggemar tudung. (Erk...) Tudung Akel Merah Hitam setakat ni yang digemari. Dan warna merah dan hitam yang lain.

Dan Akel itu,

Semoga dalam dakwah dan untuk umat ini "Aku Cinta KernaMu, Lillah! "

Moga Allah redha :)


7 comments:

Anonymous said...

Sape tudung akel merah tu??
Mesti budak kmb

Anonymous said...

Nice one dude

Anonymous said...

Assalam 'alaik. Sangat berguna. Andai tak mampu menghunus pedang, gunalah pena dalam berjuang. Mabrook, akhi!

Unknown said...

:) Terima kasih.

Doakan kita bersama.

Si tudung Akel tu untuk wanita. Bukan KMB... hoho..

Anonymous said...

POST ENTRY BARU PLEASE. SEDARLAH ANDA MEMPUNYAI PEMBACA YANG MENUNGGU NUNGGU CERITA ANDA. MAKA GUNAKAN NYA SEBAIK MUNGKIN. UNTUK DAKWAH DAN TARBIYAH!

Anonymous said...

Saya kenal makcik tu. Haritu, nampak dia gelak-gelak dengan anaknya di sebelah suaminya. Subhanallah, saya kagum sangat. Dia tak tunjukkan pun kesedihan, kesusahan dalam menjaga keluarganya. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan sebegitu untuk menempuh ujianNya :)

Unknown said...

Yup, insyaAllah :)