Friday, March 13, 2015

Senyum :)


                                                                      (kredit)

(Post ini mungkin sedikit sebanyak akan memberikan inspirasi.)

Cheh.

Bismillah.

Bagi seorang yang baru nak membelaikan dirinya dalam sistem dakwah-ikhwah-geli-gelemen-tarbiyah

Saya tak pernah terfikir bahawa saya akan jatuh cinta dengan apa yang saya lakukan. Tak pernah terfikir yang hari ini saya melakukan benda yang menggelikan pipi, menyanyi nyanyian lagu perjuangan yang meletihkan, membaca buku sejarah membosankan.

Sumpah.

Dan cliche, pasti akan ada manusia yang menyebut:

-1) "Dah bagus sangat ke akademik kau? Konpem orang persoalkan doh diri kita ni. Nak tak nak, kau kene cemerlang, baru orang respek dakwah kau."

2) " best ke jadi orang surau ni? Kau buat bulatan bagai nak rak uh, keluar exam ke apa yang kau merepek buang masa tuh? Adik usrah kau pun tidur sebab bosan sangat. "

3) "kau tak rasa dah membazir banyak masa kau untuk belajar ke? Kau bukan dapat gred rendah ke?'

4) "kau dah buang masa adik usrah kau doh. Kau ni lagi zalim dari firaun"

Cliche yang telah di"cliche"kan. Mentipikalkan benda yang tak patut ditipikalkan.

Saya ingin kongsi sesuatu.
Sewaktu saya berada di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, saya telah masuk sebagai seorang yang naif.
Satu saat, ketika ingin memulakan solat jemaah. Keadaan surau terlalu bising. Sehingga menyukarkan bagi saya untuk fokus. Dengan kekuatan, saya membunyikan "SHHHHH".
Semua memandang saya. Ketika mengangkat takbir, saya sedikit berdebar tanpa keruan.

Selepas solat, seorang senior, (muka dah tak ingat), yang pasti, gangster gitu, panggil saya duduk bersebelahan. Kemudian, kawannya yang lain mengelilingi saya. Telahan saya tepat. Secara perlahan, mereka membisikkan, "jangan bajet", "kau baru junior", "kau ingat kau sape nak buat camtu?"

Kemudian, seorang senior menarik tangan saya. Membawa saya jauh daripada mereka. Terdengar orang memberi salam dari ruang hadapan solat. Berdiri dengan mic, memerhati terus kepada kumpulan itu. Dengan jelas, dia menegur kebisingan. Tetapi, lebih jelas,

"kita senior patut tunjuk contoh. Tapi kita buat apa? Orang tegur kita bising, kita nak marah. Tak salah dia tegur. "

Ketika itu saya straight solat ba'diah maghrib. Sebenarnya Allah lebih tahu perasaan saya lepas itu. Saya takut pada malam itu kene "settle" dan sebagainya. Ketika sujud, saya menangis. Malam itu, saya tidak kene apa-apa.

Tapi, abang itu, Haziq Hasanuddin, akhirnya menjadikan saya adik usrahnya. Cinta dalam usrah kami bersemi. Ketika itu, saya mula mengenali usrah. Satu-satunya usrah (muslimin) yang ada dalam batch kami non formal, selain daripada usrah mingguan yang "mengosongkan" hati.

Cerita kedua,
Saya sedang dalam usaha untuk masuk ke kolej persediaan luar negara, KMB. Kolej yang asing bagi saya sebagai seorang budak kampung. Mendengar perkataan Banting, secara kilas, persepsi saya mengatakan bahawa ia terletak di kawasan bandar. Sebenarnya, pemilihan saya ke Australia, bukan kerana saya ingin ke luar negara. (kisah pasal ni panjang dan kelakar)

Pendek kata, setelah ujian psikometri selesai. Saya mendapat tawaran belajar di Kolej Mara Banting.
Kemudian, saya dimasukkan ke dalam group KMB yang diwujudkan khas untuk pelajar membuat persediaan mental dan fizikal , di mana kami diberi peluang bertanya soalan barang yang diperlukan, pemilihan subjek, cerita manis pahit dan sebagainya.

Dalam group itu, terdapat seorang senior, yang sentiasa ada untuk kami, menjawab dengan sabar.
Biasanya, pasti dia akan ada di mana orang yang bertanya, takkan hampa dengan jawapan daripadanya. Malah, menyelitkan elemen tarbiyah dalam hampir setiap komennya.

Dari sudut hati, saya berdoa, dipertemukan dengannya.

Ketika masuk ke KMB, setelah duduk di surau , saya disapa seorang senior,

"Nama saya Adib Fikri"

Doa saya makbul.
Saya pernah menceritakan kisah cinta monyet saya kepadanya walaupun sekejap ketika zaman menengah. Dialah yang membantu saya menjaga hati. Memantau mesej saya (dengan kebenaran). Saya sendiri respek kerana saat itu, dia tidak mempunyai kenalan wanita di facebook sebagai friends, demi meyakinkan saya, cinta yang sebenar. Cinta Ilahi. cinta yang patut dikejar. Saya belajar kenal Allah dengan tadabbur Al Quran.

Kami melakukan usrah , walaupun jarang. Dia mengejar anak usrah yang selalu tertidur di bilik. Pernah perasan dia bercakap berseorangan dalam usrah kerana yang lain mengantuk. Dia selalu berusaha membelanja kami di cafe, walaupun saya tahu, dia mengikat perut , kerana dia bukan orang yang berduit sangat.

Saya kagum dengan usaha dirinya. Yang sibuk dan komited. Saya belajar sesuatu daripadanya.
Dan dengannya, saya jatuh cinta dengan usrah kali kedua.

Tanpa saya sedar, saya telah terikat dalam jalan dakwah ini.
Sentiasa diingatkan dengan peri penting membina manusia. Membetulkan diri dan sebagainya.

Sehingga meyakini. Walaupun usaha ini akan mengambil masa yang lama untuk berkesan, walaupun sehingga keluar KMB, pasti akan lahir "sultan Muhammad Al-Fateh " di bumi KMB.

Baru ini juga, terdapat satu masalah berkaitan ikhtilat berlaku. Beberapa orang dipanggil untuk membuat gerak kerja membetulkan keadaan setelah mendapat gesaan untuk membetulkan masalah tersebut. Dan paling penting, gerakan untuk lebih mengefisienkan usrah KMB.

Pada hari itu, pelajar dibenarkan pulang ke rumah, Tapi kami memilih untuk mengadakan perbincangan. Sebelum datang ke tempat perjumpaan. Saya mempunyai konflik , sama ada ingin hadir atau tidak, kerana perlu mengejar tiket bas yang dijadualkan pada jam 8.00 malam di putrajaya sentral. Seorang kawan saya dalam perbincangan itu mungkin tidak risau kerana dijemput keluarga. Selebihnya, ahli perbincangan akan menginap untuk beberapa hari lagi di KMB kerana mempunyai program untuk diuruskan.

Saya menghubungi sahabat saya, yang telah berjanji untuk ke putrajaya sentral bersama, namun terkejut kerana taxi nya akan datang jam 8.00 malam. (tiket mereka pukul 10 malam)

Sepatutnya, selepas Asar itu, saya lebih patut untuk ke stesen bas untuk mencari bas.
tapi memilih ke tempat perbincangan, dengan harapan, "Allah akan bantu aku nanti. jika aku bantu kerja Allah".

Senyum.

Perbincangan berterusan sehingga 6.15 petang. Saya sepatutnya telah dapat menaiki bas ke Putrajaya jika pada waktu itu di stesen bas. Namun, perlu melakukan satu lagi "wrap up" sebelum berhenti. Jam menunjukkan 6.30 ketika sesi wrap up.

Sekali lagi saya menyedapkan hati, "Dakwah mungkin boleh terhenti, jika perkara ini tidak disettlekan. " dan berkeyakinan "Allah akan bantu aku" , walaupun kemungkinan untuk terlepas tiket putrajaya ke Muar semakin tinggi.

Perbincangan habis jam 6.40 petang. Masih cuba menguntumkan senyuman untuk menyembunyikan kegelisahan. Telefon bimbit di tangan digenggam kemas. Hati berdebar.

Ketika menapak ke pos pengawal. Sebuah kereta membunyikan hon daripada belakang. Saya ke tepi, kerana tanpa sedar berjalan di tengah laluan kereta. Seorang wanita membuka tingkap kereta,

"jom naik dengan cikgu". Lecturer Math, lwalaupun tak mengajar saya.

Saya mengelip mata banyak kali. saya diarah masuk dan keluar dari pintu pagar KMB. Jam menunjukkan 6.47 petang.

Setelah berbual dengan tentang arah dituju, beliau terkejut saya masih di KMB. Lalu menawarkan membawa saya terus ke Putrajaya Sentral, apabila mengetahui saya mungkin akan gagal mendapatkan bas. Saya kasihan dengan beliau, lalu meminta menghantar saya hanya di simpang perhentian bas.

Tapi, beliau mengaku sesat setiap kali menghantar pelajar ke Putrajaya sentral., tapi akan cuba yang terbaik sambil berdoa.

Ketika di simpang, dari juah kelihatan bas merah CityLiner.
Saya meminta cikgu memberhentikan kereta, walaupun tidak pasti destinasinya ke mana.
2 kemungkinan, sama ada ke KLIA atau Putrajaya. Tapi, Putrajaya mungkin telah terlepas. saya turun daripada kereta, tapi cikgu math itu meminta saya naik keretanya semula jika bas yang datang bukan ke putrajaya.

Sambil menunggu, terdapat seorang pakcik sedang duduk di motor.

"Nak gi mana nak? Kalau tu putrajaya sentral, kau untung.Kalau takde, biar pakcik hantar kau ke Putrajaya sentral. Tapi pakcik takde kereta"

Mata terbeliak kejap. Allahu.

Bas sampai. Jelas di cermin "Banting, Dengkil, Putrajaya"

Senyum. Terima kasih Allah. Semua orang ingin bantu saya. Saya melambaikan tangan kepada kereta cikgu Math yang berlalu pergi.

Ketika turun bas, saya mencari henpon saya. Sekali lagi, ujian. Mungkin dalam kereta cikgu. Kalau nasib buruk, dalam bas.

Saya tanpa henpon. Menuju ke tempat menunggu bas ke Muar. Lalu terjumpa dengan sahabat KMB. Meminta bantuan untuk menulis pesanan kepada ayah, menceritakan keadaan yang berlaku,

Kala menulis, hati tidak risau, "Allah kan ada?"
Malam itu, selamat sampai ke rumah. Tanpa henpon. Tapi dengan Allah. Komunikasi tanpa had bersama bonus rapat kepadaNya.

Dan kala itu saya makin yakin dengan jalan ini.

Tipu lah, kalau saya tak pernah kecewa dengan usrah. Saat saya jatuh dalam pencapaian akademik.
Tapi, saya yakin. Kalau kita bukan orang yang pandai dalam akademik, bila kita nak bawak usrah? Kalau kita berhenti usrah atau membawa usrah kerana pencapaian akademik yang lemah.

(tapi kene lebih hard la study tu)

Allah takkan bebankan hambaNya apa yang tak boleh ditanggung. Belum tentu sahabat yang berada di atas dalam akademik, jatuh 1 atau dua point, tapi still di antara orang yang baik pencapaiannya, akan mampu bersyukur, atau bersabar dengan ujian.

Atau lebih lagi, masih kekal di jalan ini.

Telah saya sumpah, dakwah ini untuk diri saya, dan semoga termakan sumpah dengan Allah meletakkan saya di kalangan orang yang kekal berdakwah di jalanNya. Saya juga pasti akan memilih orang yang meletakkan dakwah sebagai perkara utama, sebagai pasangan hidup saya (lama lagi).

Dan makanya, saya senyum puas. Walaupun masa terbazir untuk agama ini. Walaupun masih akan membaca sejarah yang dahulunya membosankan, yang kini menguatkan.

Usrah. Dakwah. ialah sama. Bergantung kepada bagaimana kita melihat nya sebagai satu ikatan halaqah yang menghidupkan jiwa kita dan kita hidup dengannya.

Bagi orang yang berdakwah : jangan kau putus asa, "Allah kan ada?"

Bagi orang yang ingin bermula : Moga kau tsabat.

Saat ini. Mungkin kita sendiri yang mampu merasai nikmatnya manis menjadi orang yang berjuang.
Dengan kekuatan sejarah silam para sahabat yang ingin pengorbanan mereka berbaloi.

Jangan pandang rendah dengan antara rakan kita yang mungkin jatuh bangun dalam dunia dakwah ini. Mereka pasti ada perjuangan tersendiri dan pengorbanan di sebalik senyuman keterpaksaan yang diukirkan.

Wahai bayi-bayi yang terjatuh dan terjelepok. Yang tahu peritnya jatuh. Bingkas bangun. Kerana jauhnya perjalanan untuk kau menjadi manusia. Semoga kau nanti dapat berlari, terus ke syurga abadi.


6 comments:

Anonymous said...

mantap lal! dari clasmate ko

Anonymous said...

mantap lalll

Anonymous said...

Jazakallah.
Mungkin jalannya sama jadi pengalamannya serupa.
Angkat pena dan sentuhlah jiwa luar sana.
Kerana jalan kita masih panjang tiada masa untuk lenggang.

Moga Allah redha pada si hamba yang petah bertindak.

Anonymous said...

Syukran.

Anonymous said...

Kalau cerita2 Allah tolong ni serious mmg banyak sy dengar dr org yg dlm jln dakwah n tarbiyah ni.. cuma kita je yakin ke tidak. moga terus tsabat.

Anonymous said...

Kalau cerita2 Allah tolong ni serious mmg banyak sy dengar dr org yg dlm jln dakwah n tarbiyah ni.. cuma kita je yakin ke tidak. moga terus tsabat.